Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Monday, 21 April 2014

panduan solat hajat


  • Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkanpertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.
  • Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.
  • Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.
  • Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.
CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT

  1. Lafaz niat
  2. Selepas bacaan Al-Fatihah
    rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Kursi (sekali atau sebelas kali)


    rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (sekali atau sebelas kali)
  3. Membaca tasbih
    selepas solat (sesudah memberi salam) terus sujud semula dan bacalah tasbih ini empat puluh satu kali.
  4. Wirid selepas solat hajat
    a)istighfar (Sepuluh atau seratus kali)


    b) zikir


    c) selawat (
    sepuluh atau seratus kali)

  5. Doa solat hajat
    teruslah memohon hajat yang dikehendaki ketika masih bersujud kemudian duduk semula dan bacalah doa ini:





    SELAMAT BERAMAL....

No comments:

Post a Comment